13.10.09

Perang Mafia

Mafia... jika dirujuk pada wikipedia juga dikenali dengan Cosa Nostra (baru ku tahu makna disebalik perkataan itu)...

Sebelum ni aku pernah bertagged dan berfesbuk... tapi aku cuma "ber" kedua-duanya atas alasan... "wei... ko ada tagged ka??? ada fesbuk???", tanya orang lain... "ada...", jawab aku...

Pendek kata kerana terikut-ikut dengan orang... konon aku juga seorang yang up-to-date dengan benda-benda melalaikan ini...

Kali ini aku sekali lagi terpengaruh... lemah sungguh jiwa ini... kali ini ber mafia pula... kawan ku ada yang menggelarnya "Maaf Ya"...

Jadi sapa-sapa yang ada tagged tu mari la kita ber maaf ya... "together we grow stronger..."


Meracun jiwa sungguh!!!

9.10.09

Hari ini...

Hari ini kerja seperti tidak bekerja... masuk pejabat dan sejam selepas itu sudah perlu keluar ke Masjid untuk solat Jumaat... selepas itu terus ke jamuan Hari Raya pula... selepas itu lagi berjumpa dengan sahabat... huuuuuuuuu...

2.10.09

Temubual Xklusip...

Aku akan memulakan satu ruang baru dalam belog aku dan akan dikelolakan oleh Andre. Biar aku namakan saja ruang itu “Berhiatus dengan Andre”.

Tapi rasanya elok sekiranya aku kenalkan dulu siapa Andre. Ikuti temubual Xklusip aku dengan Andre. Sungguh susah sebenarnya untuk menebual Andre disebabkan jadualnya yang agak padat.

Penghiatus: Hai!!!

Andre: Hai!!!

Penghiatus: Pasti ramai pelayar-pelayar belog ingin mengenali anda. Sila kenalkan diri anda itu.

Andre: Hmmmm… Saya Andre, Cuma panggil Andre saja, boleh juga Andre, atau Andre saja.

Penghiatus: Owh, bukankan itu adalah tiga Andre yang sama sebenarnya?

Andre: Tak… Sebenarnya itu adalah dalam tiga dialek yang berlainan. Bahasa Melayu, Urdu dan kawasan Hulu Tibet.

Penghiatus: Okeh… Paham… Seterusnya sila sambung dalam memperkenalkan diri.

Andre: Okeh, saya Andre, Cuma panggil Andre saja, boleh juga Andre, atau andre saja…

Penghiatus: … Hmmm… itu sudah diketahui orang. Namamu dalam dialek BM, Urdu dan kawasan Hulu Tibet bukan??? Jadi tak perlu memberitahu itu.

Andre: Tak, kali ini dalam dialek Selatan Eskimo, mandarin dan Bahasa Prancis.

Penghiatus: Baiklah, cuba cerita tentang perkara lain pula selain dari nama kamu. Makanan kegemaran atau hobi sebagai contoh.

Andre: Baiklah. Saya Andre dan hobi saya adalah banyak. Perlukah saya beritau semuanya sekali???

Penghiatus: Hmmmmm… Senarai lima saja setiap satu. Rasanya lima itu sudah cukup.

Andre: Hobi saya adalah seperti tidur terlentang, bermain tisu poket, berpantun 2 kerat, membuang masa dan menonton Sinetron.

Penghiatus: Seterusnya. Sila teruskan saja sambil aku akan menulis setiap percakapan mu.

Andre: Baiklah. Makan kegemaran aku adalah seperti sardine dalam tin, sardin yang diletakkan di dalam pinggan dan sama seperti yang pertama.

Penghiatus: Owh, semuanya adalah sardin???

Andre: Ya!!! Oleh itu sila jangan bagi saya makan Friskies lagi. Tolong ya…

Penghiatus: la la la la la la... Okeh, tidakkah kamu suka melayari internet? Aku selalu lihat kamu berada di depan laptop ku.

Andre: Ya suka juga sebenarnya. Gitu-gitu saja.

Penghiatus: Owh, apakah laman web kegemaran mu??? Tentu kamu suka melayari forum pasal kucing.

Andre: Tak… Sebenarnya saya cukup benci forum sebegitu. Saya lebih suka melayari laman web seperti Utusan online, laman web SPA dan Sukaki.

Penghiatus: Wah!!! Kamu juga pengikut sukaki itu?

Andre: Tak… Sebenarnya kamu yang menyuruh saya berkata sebegitu tadi sebelum interbiu. Kata kamu ianya baik untuk tujuan promosi laman forum itu.

Penghiatus: Ya… itu… betul lah… tapi kamu sepatutnya selepas ku Tanya kamu juga pengikut Sukaki itu… jawapan kamu seharusnya “Ya… I Luv Sukaki… yeah!!!”.

Andre: Owh??? Perlukah aku menjawab seperti itu??? Perlukah aku jadi hipokrit???

Penghiatus: In sebenarnya interbiu dimana aku menginterbiu kamu bukan sebaliknya.

Andre: …………………….

Penghiatus: Tak mengapa. Kita teruskan saja. Soalan terakhir, adakah kamu rasa kamu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pembelog sampingan???

Andre: Yang itu… Yang sebenarnya aku ingin menjawab “aku buat ni akibat paksaan kamu dan upah sardin”, tapi untuk memanjangkan lagi jawapan saya biar saya jawab seperti ini. Ya!!! Saya sudah bersedia. Lagipun sememangnya sebelum ini saya juga ada belog sendiri. Hmmmm… adakah blog disebut “blog” atau “belog”??? Saya yakin dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh tanggungjawab kerana ianya adalah tanggungjawab lantas saya perlu bertanggungjawab. Lagipun saya akan jadikan ini sebagai platform untuk meraih glamour. Kerana saya masih single sebenarnya.

Penghiatus: Ya… kamu cukup menghafal skrip yang aku bagi tadi.

Andre: Aku juga bijak seperti kamu. *wink…

Penghiatus: Oleh itu sila tandatangan kontrak ini sebelum kita akhiri interbiu ini. Nah ini pennya.

Andre: Hmmmmm… hmmmmmmmm… hmmmmmmmmm… boleh tolong tandatangan untuk saya??? Saya tertinggal spek di rumah. *sambil merenung tangannya…


Andre sedang menunjukkan posisi tidur yang paling digemarinya

Entri Baru

denggg!!!

Bila aku dapat temubual Andre dan dimasukkan sebagai entri di dalam belog ini???

Aku masih sibuk lagi... *sigh...

1.10.09

Pepejal-pepejal Bertikam Lidi...

Jam sedang menunjukkan waktu 12.45 p.m. Orang semakin berpusu-pusu datang. Suara berbisik dan tawa kecil kedengaran disana-sini bising.

"ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", getus dia dalam hati kecil lapar.

Kejadian yang dinanti belum kunjung tiba. Selepas satu, satu susuk tubuh memberi ucapan. Hal yang disentuh, prestasi, wang, prestasi, wang dan wang lagi. Apa mereka sudah dikaburi mata silau dengan wang ringgit?

"ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", getus dia dalam hati kecil lapar.

Kepala majlis memanggil sipemakai baju melayu bersamping dan bersongkok senget. Semua jejaka yang hadir juga berpakaian begitu sebenarnya. Tapi yang satu ini lain, segak dan yang penting ada sehelai kertas di tangannya. Owh, dia lah yang akan membaca doa memohon diberkati majlis ini. Hatinya kembali berbunga, kejadian yang ditunggu mungkin akan tiba sebentar lagi. Namun keciwa lagi, penyampaian sehelai kertas sijil pula mengambil tempatnya.

"ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", getus dia dalam hati kecil lapar.

Dari anak mata terpandang seseorang keluar dari pantri membawa pepejal-pepejal bertikam lidi. "Owh, ada satey!!!", jeritnya sekuat hati dengan tiba-tiba, tapi cuma di dalam hati. Secara beransur-ansur dia bergerak ke kanan, semakin lama semakin hampir, pintu pantri. Dan dikala yang lain girang bertepuk tangan, dia bijak menggunakan 'pengalihan tumpuan' itu menyelinap ke dalam pantri. Dia sukses!!!

Masa sedikitpun tidak dia bazirkan. Tangan menyeluk ke dalam bungkusan pepejal-pepejal bertikam lidi. Terus disuakan ke dalam mulut. "ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", getus hati kecilnya yang lapar. Mata liar memandang kiri dan kanan. Sambal pepejal-pepejal bertikam lidi menjadi target mata bulatnya dan jumpa. Terus dicicah pepejal-pepejal itu dan dilahap rakus-rakus. "Pelik rasanya...", katanya kali ini diikuti dengan suara bukan dipendam di dalam hati. "ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", sambil terus meratah rakus-rakus pepejal-pepejal itu.

Tiba-tiba pintu pantri dikuak luas, seseorang yang keluar dari pantri sebentar tadi membawa pepejal-pepejal bertikam lidi itu terkejut beruk walaupun tiada beruk di dalam kawasan jajahan. Lantas menegur juga dengan nada terkejut.

"Awang, kau makan satey? Dari mana kau dapat sambal itu?", tanya seseorang yang telah keluar dari pantri tadi.

"Yang ini, tapi rasanya pelik, tapi saya lapar dan acara meratah makanan di atas meja luar belum bermula", balasnya sambil menunjukkan mangkuk di atas meja.

"Owh, itu... itu sebenarnya bukan sambal... tapi sebenarnya cecair pencuci pinggan", kata seseorang yang telah keluar dari pantri tadi masih dengan nada terkejut tapi kali ini lebih terkejut.

*buk!!!* kesan khas bunyi seperti satu yang jatuh ke lantai.

p/s aku sebenarnya ingin menyelitkan gambar hidangan rumah terbuka opisku sebentar tadi... tapi blogger ni macam sedikit lembab hari ini...

p/s bukan sedikit... tapi banyak sebenarnya...