4.12.09

Ditektif Angkasa!!!

Ya... mudah sungguh untuk membuat entri berkenaan nostalgia dolu-dolu... Jari tiba-tiba jadi lancar dan laju untuk menaip... dan untuk entri ini saya ingin tulis berkenaan Gaban...

Sebelum itu kita layan lagunya dulu... apapun kamu nyanyi la sendiri...

Otoko na n' darou? Guzuguzu suru na yo
Mune no enjin ni hi wo tsukero
Ore wa koko da ze Hito-ashi o-saki
Hikari no hayasa de ashita e dasshu sa

Wakasa Wakasa tte nan da Furi
mukanai koto sa
Ai tte nan da Tamerawanai koto sa
Gyaban! Aba
yo namida
Gyaban! Yoroshiku yuuki
Uchuu Keiji Gyaban!

Warui yatsu-ra wa tenshi no kao shite
Kokoro de tsume wo toide 'ru mono sa
Ore mo omae mo na mo nai hana wo
Fumitsukerarena
i otono ni naru no sa

Wakasa Wakasa tte nan da Akiramenai koto sa
Ai tte nan da Kuyamanai koto sa
Gyaban! Abayo kinou
Gyaban! Yoroshiku mirai
Uchuu Keij
i Gyaban

Wakasa Wakasa tte n
an da Furimukanai koto sa
Ai tte nan da Tamerawanai koto sa
Gyaban! Abayo namida
Gyaban! Yoroshiku yuuki
Uchuu Keiji Gyaban!

Seronok sungguh pada zaman itu... saya sendiri sebenarnya lupa pada tahun berapa cerita ini ditayangkan... tapi yang pasti zaman 80an hingga awal 90an... tak semua orang ada TV masa itu... tumpang tengok sekali di rumah orang lain... dengan kurangnya TV masa tu... semua kawan-kawan akan menonton cerita yang sama... budaya ponteng sekolah atau kelas mengaji pun berleluasa... semuanya kerana GABAN!!! tapi masih okeh sebab ponteng-ponteng pun lepak kat rumah jugak dan bukan di kedai game atau di cyber cafe...

Pada masa itu juga semua kanak-kanak termasuk diri saya ingin menjadi Gaban juga... main dengan kawan-kawan pun main lawan sambil menyanyi lagu Gaban... tapi dalam versi sendiri... yang penting melodinya sama...

Semasa iklan akan tunjuk iklan Ding Dang, Tora dan lain lagi... satu iklan Mat Sentul jadi modelnya juga ada masa itu... owh betapa seronoknya zaman itu... dan back-to-back dengan Satria Baja Hitam(SBH)... tapi lupakan dulu SBH sebab entri ini untuk Gaban dan hanya untuk Gabanku sorang...

Dan sudah lama xmenonton cerita ini... ntah apa khabarnya en. Gaban sekarang... masih kah lagi beliau memelihara naganya itu??? Masihkah beliau menaiki kenderaannya dengan hanya berdiri tanpa duduk di tempat sepatutnya??? Muat lagikah baju kalis apinya itu??? masih bercahayakah Gaban Blade beliau??? Masihkan beliau selalu ditarik ke ruang angkasa setan??? owh... saya betul-betul tak tahu dan ingin benar tahu...


Sila hantarkan baju Gaban dengan segera!!!
Maaf!!! baju Gaban sedang dinila...


3.12.09

Huh!!! Nak masak apa???

adakah anda pernah kesepian??? balik rumah kosong... cuma ada dinding dan perabot menjadi teman bicara... dan juga Andre...

sampai rumah dkt jam sembilan malam... perut lapar... bukak peti ais tenggiri lapanperpuluhanlapankilo yang aku dapat sabtu lepas masih bersepah dalam tu... rendam dulu... masak nasik dulu... bagi Andre makan dulu... pi mandi dulu...

pikir2... goreng je la tenggiri tu...

Bahan2...
- dua potong tenggiri... tu makan sorang... kalu makan berlapan kira la sendiri...
- asam jawa...
- garam secukup rasa...
- serbuk lada hitam...
- sedikit minyak utk menggoreng...

Cara2...
- gaulkan ikan dengan sedikit asam jawa dan garam...
- panaskan kuali... kuali rata paling sesuai...
- masukkan minyak agak2 1/3 dari ketebalan isi ikan... guna api sekecik yg buleh...
- pastu goreng la ikan sehingga ngam2 masak... jgn terlebih... xsedap...

pastu buleh la makan dengan nasik panas...
tapi mcm kering la pulak xda kuah... oleh itu sila ambik megi kari sebungkus dan rendam guna air baru mendidih selama dua menet... selesai masalah...

emmmmmm... mlm ni nak masak apa pulak tenggiri tu??? emmmmmmmmmm...

p/s ku copy dari posting ku kat sukaki... tak ada idea... tak apa... janji blog ku berupdate...

6.11.09

Pala Lutut...

Aku dapat gift berupa sejibik enpon dari jenama Sony Ericsson model Xperia...

Sekarang aku mau masukkan g@rmin... tapi aku jadi mengong dan terus mengong...

Jadi apa kaitan dengan pala lutut??? tak ada sebenarnya...

4.11.09

Berbual Mesra...

aku: Assalamualaikum...

dia: waalaikumsalam...

aku: wahhhhh!!! tak tidur??? kenapa tak tidur lagi???

dia: baru bangun ni... baru bangun...

aku: buat apa arinih???

dia: tidur saja... tidur saja...

aku: mari keluar... kita cari Andre... hah!!! tu Andre... nakal betul Andre tu...

nan: Assalamualaikum...

dia: waalaikumsalam...

aku: ni pacik Nan... kenal kah pacik Nan ni??? kenal kah???

nan: hei... hei... hei...

dia: banyaknya janggut pacik Nan ni... banyak janggut dia...

aku: minta la sikit... minta janggut pacik Nan tu sikit...

nan: nah... nah...

aku: wahhhh!!! besar sudah... ada janggut...

dia: ada janggut sudah... ada janggut sudah...


Untuk info... perbualan di atas adalah perbualan antara saya dengan Muhamad Akmal... anak lelaki sulungku yang baru lahir 17 hari lepas... namun kedua-dua watak "aku" dan "dia" dimainkan oleh aku sendiri kecuali watak "nan" yang dijayakan oleh Nan sendiri... budak 17 hari mana pandai cakap lagi weiiiii...

13.10.09

Perang Mafia

Mafia... jika dirujuk pada wikipedia juga dikenali dengan Cosa Nostra (baru ku tahu makna disebalik perkataan itu)...

Sebelum ni aku pernah bertagged dan berfesbuk... tapi aku cuma "ber" kedua-duanya atas alasan... "wei... ko ada tagged ka??? ada fesbuk???", tanya orang lain... "ada...", jawab aku...

Pendek kata kerana terikut-ikut dengan orang... konon aku juga seorang yang up-to-date dengan benda-benda melalaikan ini...

Kali ini aku sekali lagi terpengaruh... lemah sungguh jiwa ini... kali ini ber mafia pula... kawan ku ada yang menggelarnya "Maaf Ya"...

Jadi sapa-sapa yang ada tagged tu mari la kita ber maaf ya... "together we grow stronger..."


Meracun jiwa sungguh!!!

9.10.09

Hari ini...

Hari ini kerja seperti tidak bekerja... masuk pejabat dan sejam selepas itu sudah perlu keluar ke Masjid untuk solat Jumaat... selepas itu terus ke jamuan Hari Raya pula... selepas itu lagi berjumpa dengan sahabat... huuuuuuuuu...

2.10.09

Temubual Xklusip...

Aku akan memulakan satu ruang baru dalam belog aku dan akan dikelolakan oleh Andre. Biar aku namakan saja ruang itu “Berhiatus dengan Andre”.

Tapi rasanya elok sekiranya aku kenalkan dulu siapa Andre. Ikuti temubual Xklusip aku dengan Andre. Sungguh susah sebenarnya untuk menebual Andre disebabkan jadualnya yang agak padat.

Penghiatus: Hai!!!

Andre: Hai!!!

Penghiatus: Pasti ramai pelayar-pelayar belog ingin mengenali anda. Sila kenalkan diri anda itu.

Andre: Hmmmm… Saya Andre, Cuma panggil Andre saja, boleh juga Andre, atau Andre saja.

Penghiatus: Owh, bukankan itu adalah tiga Andre yang sama sebenarnya?

Andre: Tak… Sebenarnya itu adalah dalam tiga dialek yang berlainan. Bahasa Melayu, Urdu dan kawasan Hulu Tibet.

Penghiatus: Okeh… Paham… Seterusnya sila sambung dalam memperkenalkan diri.

Andre: Okeh, saya Andre, Cuma panggil Andre saja, boleh juga Andre, atau andre saja…

Penghiatus: … Hmmm… itu sudah diketahui orang. Namamu dalam dialek BM, Urdu dan kawasan Hulu Tibet bukan??? Jadi tak perlu memberitahu itu.

Andre: Tak, kali ini dalam dialek Selatan Eskimo, mandarin dan Bahasa Prancis.

Penghiatus: Baiklah, cuba cerita tentang perkara lain pula selain dari nama kamu. Makanan kegemaran atau hobi sebagai contoh.

Andre: Baiklah. Saya Andre dan hobi saya adalah banyak. Perlukah saya beritau semuanya sekali???

Penghiatus: Hmmmmm… Senarai lima saja setiap satu. Rasanya lima itu sudah cukup.

Andre: Hobi saya adalah seperti tidur terlentang, bermain tisu poket, berpantun 2 kerat, membuang masa dan menonton Sinetron.

Penghiatus: Seterusnya. Sila teruskan saja sambil aku akan menulis setiap percakapan mu.

Andre: Baiklah. Makan kegemaran aku adalah seperti sardine dalam tin, sardin yang diletakkan di dalam pinggan dan sama seperti yang pertama.

Penghiatus: Owh, semuanya adalah sardin???

Andre: Ya!!! Oleh itu sila jangan bagi saya makan Friskies lagi. Tolong ya…

Penghiatus: la la la la la la... Okeh, tidakkah kamu suka melayari internet? Aku selalu lihat kamu berada di depan laptop ku.

Andre: Ya suka juga sebenarnya. Gitu-gitu saja.

Penghiatus: Owh, apakah laman web kegemaran mu??? Tentu kamu suka melayari forum pasal kucing.

Andre: Tak… Sebenarnya saya cukup benci forum sebegitu. Saya lebih suka melayari laman web seperti Utusan online, laman web SPA dan Sukaki.

Penghiatus: Wah!!! Kamu juga pengikut sukaki itu?

Andre: Tak… Sebenarnya kamu yang menyuruh saya berkata sebegitu tadi sebelum interbiu. Kata kamu ianya baik untuk tujuan promosi laman forum itu.

Penghiatus: Ya… itu… betul lah… tapi kamu sepatutnya selepas ku Tanya kamu juga pengikut Sukaki itu… jawapan kamu seharusnya “Ya… I Luv Sukaki… yeah!!!”.

Andre: Owh??? Perlukah aku menjawab seperti itu??? Perlukah aku jadi hipokrit???

Penghiatus: In sebenarnya interbiu dimana aku menginterbiu kamu bukan sebaliknya.

Andre: …………………….

Penghiatus: Tak mengapa. Kita teruskan saja. Soalan terakhir, adakah kamu rasa kamu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pembelog sampingan???

Andre: Yang itu… Yang sebenarnya aku ingin menjawab “aku buat ni akibat paksaan kamu dan upah sardin”, tapi untuk memanjangkan lagi jawapan saya biar saya jawab seperti ini. Ya!!! Saya sudah bersedia. Lagipun sememangnya sebelum ini saya juga ada belog sendiri. Hmmmm… adakah blog disebut “blog” atau “belog”??? Saya yakin dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh tanggungjawab kerana ianya adalah tanggungjawab lantas saya perlu bertanggungjawab. Lagipun saya akan jadikan ini sebagai platform untuk meraih glamour. Kerana saya masih single sebenarnya.

Penghiatus: Ya… kamu cukup menghafal skrip yang aku bagi tadi.

Andre: Aku juga bijak seperti kamu. *wink…

Penghiatus: Oleh itu sila tandatangan kontrak ini sebelum kita akhiri interbiu ini. Nah ini pennya.

Andre: Hmmmmm… hmmmmmmmm… hmmmmmmmmm… boleh tolong tandatangan untuk saya??? Saya tertinggal spek di rumah. *sambil merenung tangannya…


Andre sedang menunjukkan posisi tidur yang paling digemarinya

Entri Baru

denggg!!!

Bila aku dapat temubual Andre dan dimasukkan sebagai entri di dalam belog ini???

Aku masih sibuk lagi... *sigh...

1.10.09

Pepejal-pepejal Bertikam Lidi...

Jam sedang menunjukkan waktu 12.45 p.m. Orang semakin berpusu-pusu datang. Suara berbisik dan tawa kecil kedengaran disana-sini bising.

"ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", getus dia dalam hati kecil lapar.

Kejadian yang dinanti belum kunjung tiba. Selepas satu, satu susuk tubuh memberi ucapan. Hal yang disentuh, prestasi, wang, prestasi, wang dan wang lagi. Apa mereka sudah dikaburi mata silau dengan wang ringgit?

"ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", getus dia dalam hati kecil lapar.

Kepala majlis memanggil sipemakai baju melayu bersamping dan bersongkok senget. Semua jejaka yang hadir juga berpakaian begitu sebenarnya. Tapi yang satu ini lain, segak dan yang penting ada sehelai kertas di tangannya. Owh, dia lah yang akan membaca doa memohon diberkati majlis ini. Hatinya kembali berbunga, kejadian yang ditunggu mungkin akan tiba sebentar lagi. Namun keciwa lagi, penyampaian sehelai kertas sijil pula mengambil tempatnya.

"ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", getus dia dalam hati kecil lapar.

Dari anak mata terpandang seseorang keluar dari pantri membawa pepejal-pepejal bertikam lidi. "Owh, ada satey!!!", jeritnya sekuat hati dengan tiba-tiba, tapi cuma di dalam hati. Secara beransur-ansur dia bergerak ke kanan, semakin lama semakin hampir, pintu pantri. Dan dikala yang lain girang bertepuk tangan, dia bijak menggunakan 'pengalihan tumpuan' itu menyelinap ke dalam pantri. Dia sukses!!!

Masa sedikitpun tidak dia bazirkan. Tangan menyeluk ke dalam bungkusan pepejal-pepejal bertikam lidi. Terus disuakan ke dalam mulut. "ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", getus hati kecilnya yang lapar. Mata liar memandang kiri dan kanan. Sambal pepejal-pepejal bertikam lidi menjadi target mata bulatnya dan jumpa. Terus dicicah pepejal-pepejal itu dan dilahap rakus-rakus. "Pelik rasanya...", katanya kali ini diikuti dengan suara bukan dipendam di dalam hati. "ah... perutku sudah lapar sungguh-sungguh ni", sambil terus meratah rakus-rakus pepejal-pepejal itu.

Tiba-tiba pintu pantri dikuak luas, seseorang yang keluar dari pantri sebentar tadi membawa pepejal-pepejal bertikam lidi itu terkejut beruk walaupun tiada beruk di dalam kawasan jajahan. Lantas menegur juga dengan nada terkejut.

"Awang, kau makan satey? Dari mana kau dapat sambal itu?", tanya seseorang yang telah keluar dari pantri tadi.

"Yang ini, tapi rasanya pelik, tapi saya lapar dan acara meratah makanan di atas meja luar belum bermula", balasnya sambil menunjukkan mangkuk di atas meja.

"Owh, itu... itu sebenarnya bukan sambal... tapi sebenarnya cecair pencuci pinggan", kata seseorang yang telah keluar dari pantri tadi masih dengan nada terkejut tapi kali ini lebih terkejut.

*buk!!!* kesan khas bunyi seperti satu yang jatuh ke lantai.

p/s aku sebenarnya ingin menyelitkan gambar hidangan rumah terbuka opisku sebentar tadi... tapi blogger ni macam sedikit lembab hari ini...

p/s bukan sedikit... tapi banyak sebenarnya...

30.9.09

Tak Perlu

Habis dah Raya bagi aku... tapi aku bagi pengecualian untuk hari esok... esok opis ku akan anjurkan rumah terbuka... tak perlu untuk ke kedai mamak...

18.9.09

Selamat Hari Raya 2009

Hari ini ku masih kerja... huuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Untuk warga Sukaki...

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

16.9.09

Percubaan satu, dua dan tige...

HUUUAAAAaaaaaRRRGGGgghhhhhhHHHHHHH!!! Astaghfirullah...

Menguap... mengapa kita menguap??? bukan kita saja yang menguap di dunia ini sebenarnya... haiwan juga menguap... seperti... mamalia dan burung dan ikan...

Kita menguap mungkin sebab mengantuk... selalunya sebab mengantuk... atau mungkin bosan... atau mungkin sesaja menguap untuk menyuruh tetamu pulang tanpa mengeluarkan modal berupa kata-kata... atau mungkin... mungkin... dan banyak lagi kemungkinan... kut... tapi kalu buleh tahan... coba tahan semampu boleh... sebab bila kita menguap... syaitan mentertawakan kita... untuk lebih sopan ketika menguap sila la tutup mulut... dengan tangan bukan kaki kerana itu kurang sopan juga...

Saat ku tulis entri ini juga ku sedang rancak menguap... satu selepas satu...

Ku masih berkhidmat untuk negara sehingga tanggal 19 September... orang ramai yang sudah menggunakan hak cuti tahunan mereka... mungkin ku boleh tidur sebentar...


HuuuaaarrrrGGGHHhhhhh!!!

14.9.09

Adakah anda seorang yang kool di jalan raya???

Adus... baru sampai di opis... nasib baik sempat untuk ku Punch Card... walaupun Aidilfitri cuma ada di simpang sana[just around the corner]... masih ramai umat yang turun ke opis dan jalan masih sesak seperti hari-hari...



Dalam sesak2 tadi ku melihat ada dua dolongan pemandu... pemandu yang kool dan pemandu yang tak kool... mana satu anda... ku pastila di dalam golongan mereka-mereka yang kool...

Anda seorang yang tak kool di jalan raya kalau:

1. Anda tetiap pagi potong barisan... amik line emergency pulak tu...
2. Anda membawak kereta kesayangan anda 40km/j di lorong laju... datang ke Sabah dan anda dapat menjamu mata dengan pemandu seperti ini setiap hari...
3. Anda bawak moto... dan bawak moto pulak di tengah-tengah jalan...
4. Anda cucuk-cucuk angin kereta orang dari belakang macam nak ajak lumba...
5. Dan pastinya anda tak kool kalau anda memandu sambil menjilat cermin pandang sisi anda...

sungguh tak kool mamat kat atas ini...

13.9.09

Kejutkan Aku...

Kini dah hampir tamat bulan September... Teringat ku dengan lagu GreenDay... "Wake Me Up When September Ends..."

Tapi ku bukan nak kongsi lirik lagu tu... Ku cuma nak kongsi apa yang kapel tu borakkan di awal klip video lagu itu...

Memandangkan ku tak tau sapa nama mamat dan awek itu... Biar ku letak mamat tu sebagai Meon dan awek tu sebagai Jenah...

"Mari sini... kamu tahu... Jika hidup ini singkat... Bila satu hari kamu bangun dari tidur... Pada hari itu... Suma mimpi mu dan... Semua yang kamu hajati... Hilang begitu saja... Manusia menjadi tua dan perkara berubah... Situasi berubah... Apa yang ku mau ialah... Aku mau saat ini sekarang ini... dan perasaan ku kepada mu... Cara kamu melihat aku sekarang ini... Cara ku melihat kamu... Aku mau ini suma berkekalan..." Kata Meon...

"Kalu begitu ku akan... Maksud ku kita akan sentiasa ada ini... Dan antara satu sama lain... Dan tiada apa dapat merubah itu... Tapi ku nak kamu tau... Tak kira apa kamu tetap ada seseorang di sini... Ku akan sentiasa... ermmmm... Ku tak akan meninggalkanmu..." Balas Jenah pulak...

"Ku cinta mu..." Kata Jenah...

"Ku tau... Ku tau..." Jawab Meon...

"Jangan tinggalkan ku..." Kata Jenah lagi...

"Ku tak akan..." Balas Meon...

"Jangan tinggalkan ku..." Ulang Jenah tak puas hati...

"Ku tak akan... Ku tak akan..." Kata Meon dua kali memberi keyakinan...

*dan muzik pun bermula... Syahdu ja ketika itu...

Sekadar gambar hiasan adegan Meon dan Jenah...

Kebaikan Mereka Yang Tak Bertudung...

Tadi ku pergi lagi ke bazar Ramadhan yang sama... Ya... Yang sama setiap hari ku pergi... Cuma sekarang dah kurang... Penjual dan pembeli...

Kebaikan mereka yang tak bertudung yang terbit dari kotak fikiran ku saat ke bazar tadi ialah... "Mereka menjadikan wanita-wanita bertudung cukup ayu, istimewa, dan cantik sekali..."

Namun ku tak dapat elak dari melihat... Cuba anda kongsi bagaimana agaknya cara untuk
mengelak...

Ku pun bertudung... cuma nampak rambut ku yg keriting ini... huhuhuhu...

11.9.09

Terasa atau tidak...

Sudah 22 hari kita berpuasa... emmm... adakah itu atau... 21 hari setengah??? Tak mengapa, itu subjektif sebenarnya... sebab ada yang tak puasa langsung...

Apa yang penting tak sampai lagi 10 hari raya... Bermakna raya tahun ni... huuuuuuuu..

Naik pengangkutan awam rasa selamat sikit...

Tujuan membelog...

Emmm... ku rasa... *diam sebentar* - *bunyi cengkerik*
ya... tak ada tujuan spesifik utk menternak belog ini... cuma ingin cuba... ya cuba sekali lagi...