Aku akan memulakan satu ruang baru dalam belog aku dan akan dikelolakan oleh Andre. Biar aku namakan saja ruang itu “Berhiatus dengan Andre”.
Tapi rasanya elok sekiranya aku kenalkan dulu siapa Andre. Ikuti temubual Xklusip aku dengan Andre. Sungguh susah sebenarnya untuk menebual Andre disebabkan jadualnya yang agak padat.
Penghiatus: Hai!!!
Andre: Hai!!!
Penghiatus: Pasti ramai pelayar-pelayar belog ingin mengenali anda. Sila kenalkan diri anda itu.
Andre: Hmmmm… Saya Andre, Cuma panggil Andre saja, boleh juga Andre, atau Andre saja.
Penghiatus: Owh, bukankan itu adalah tiga Andre yang sama sebenarnya?
Andre: Tak… Sebenarnya itu adalah dalam tiga dialek yang berlainan. Bahasa Melayu, Urdu dan kawasan Hulu Tibet.
Penghiatus: Okeh… Paham… Seterusnya sila sambung dalam memperkenalkan diri.
Andre: Okeh, saya Andre, Cuma panggil Andre saja, boleh juga Andre, atau andre saja…
Penghiatus: … Hmmm… itu sudah diketahui orang. Namamu dalam dialek BM, Urdu dan kawasan Hulu Tibet bukan??? Jadi tak perlu memberitahu itu.
Andre: Tak, kali ini dalam dialek Selatan Eskimo, mandarin dan Bahasa Prancis.
Penghiatus: Baiklah, cuba cerita tentang perkara lain pula selain dari nama kamu. Makanan kegemaran atau hobi sebagai contoh.
Andre: Baiklah. Saya Andre dan hobi saya adalah banyak. Perlukah saya beritau semuanya sekali???
Penghiatus: Hmmmmm… Senarai lima saja setiap satu. Rasanya lima itu sudah cukup.
Andre: Hobi saya adalah seperti tidur terlentang, bermain tisu poket, berpantun 2 kerat, membuang masa dan menonton Sinetron.
Penghiatus: Seterusnya. Sila teruskan saja sambil aku akan menulis setiap percakapan mu.
Andre: Baiklah. Makan kegemaran aku adalah seperti sardine dalam tin, sardin yang diletakkan di dalam pinggan dan sama seperti yang pertama.
Penghiatus: Owh, semuanya adalah sardin???
Andre: Ya!!! Oleh itu sila jangan bagi saya makan Friskies lagi. Tolong ya…
Penghiatus: la la la la la la... Okeh, tidakkah kamu suka melayari internet? Aku selalu lihat kamu berada di depan laptop ku.
Andre: Ya suka juga sebenarnya. Gitu-gitu saja.
Penghiatus: Owh, apakah laman web kegemaran mu??? Tentu kamu suka melayari forum pasal kucing.
Andre: Tak… Sebenarnya saya cukup benci forum sebegitu. Saya lebih suka melayari laman web seperti Utusan online, laman web SPA dan Sukaki.
Penghiatus: Wah!!! Kamu juga pengikut sukaki itu?
Andre: Tak… Sebenarnya kamu yang menyuruh saya berkata sebegitu tadi sebelum interbiu. Kata kamu ianya baik untuk tujuan promosi laman forum itu.
Penghiatus: Ya… itu… betul lah… tapi kamu sepatutnya selepas ku Tanya kamu juga pengikut Sukaki itu… jawapan kamu seharusnya “Ya… I Luv Sukaki… yeah!!!”.
Andre: Owh??? Perlukah aku menjawab seperti itu??? Perlukah aku jadi hipokrit???
Penghiatus: In sebenarnya interbiu dimana aku menginterbiu kamu bukan sebaliknya.
Andre: …………………….
Penghiatus: Tak mengapa. Kita teruskan saja. Soalan terakhir, adakah kamu rasa kamu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pembelog sampingan???
Andre: Yang itu… Yang sebenarnya aku ingin menjawab “aku buat ni akibat paksaan kamu dan upah sardin”, tapi untuk memanjangkan lagi jawapan saya biar saya jawab seperti ini. Ya!!! Saya sudah bersedia. Lagipun sememangnya sebelum ini saya juga ada belog sendiri. Hmmmm… adakah blog disebut “blog” atau “belog”??? Saya yakin dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh tanggungjawab kerana ianya adalah tanggungjawab lantas saya perlu bertanggungjawab. Lagipun saya akan jadikan ini sebagai platform untuk meraih glamour. Kerana saya masih single sebenarnya.
Penghiatus: Ya… kamu cukup menghafal skrip yang aku bagi tadi.
Andre: Aku juga bijak seperti kamu. *wink…
Penghiatus: Oleh itu sila tandatangan kontrak ini sebelum kita akhiri interbiu ini. Nah ini pennya.
Andre: Hmmmmm… hmmmmmmmm… hmmmmmmmmm… boleh tolong tandatangan untuk saya??? Saya tertinggal spek di rumah. *sambil merenung tangannya…
Andre sedang menunjukkan posisi tidur yang paling digemarinya